Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sepanyol mahu berkolaborasi dengan Sarawak bangunkan teknologi
  • TEMPATAN

Sepanyol mahu berkolaborasi dengan Sarawak bangunkan teknologi

Utusan Sarawak 2 years ago
Jose Luis Pardo Cuerdo ketika melakukan kunjungan hormat kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sepanyol berminat untuk menjalin kolaborasi strategik dengan Sarawak dalam sektor pembangunan teknologi.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Duta Sepanyol, Jose Luis Pardo Cuerdo berkata beliau ingin melihat dan meyumbang kepada pelan tindakan kerajaan Sarawak dalam sektor berkenaan.

“Kami telah mengenal pasti sektor-sektor yang menjadi keutamaan kepada Sarawak dan di mana Sepanyol boleh menyumbang melalui syarikat-syarikat kami.

“Sektor ini merangkumi tenaga boleh diperbaharui, pembangunan teknologi, bandar pintar, kecerdasan buatan (AI) serta banyak sektor lain yang boleh dimajukan.

” Ini termasuk kebudayaan, pelancongan, pertanian dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kunjungan hormat itu turut disertai oleh Kaunselor Ekonomi Dan Komersial Kedutaan Sepanyol, Ines Perez Durantez Bayono.

Continue Reading

Previous: Kolej Universiti i-CATS, lima institusi meterai MoU lahir pendidik berkualiti
Next: Ibadah Haji eratkan hubungan empat sekeluarga ke Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.