Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepanyol buru slot separuh akhir menentang Perancis, tekad tewaskan Belgium
  • SUKAN

Sepanyol buru slot separuh akhir menentang Perancis, tekad tewaskan Belgium

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYERANG Sepanyol, Lamine Yamal, menjalani sesi latihan rasmi (MD-1) di Carson Sports Park, Carson, California sehari menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia 2026 menentang Belgium. Foto AFP

LOS ANGELES: Juara Eropah, Sepanyol berpeluang mengatur pertembungan menarik menentang Perancis di separuh akhir Piala Dunia 2026 jika berjaya menewaskan Belgium dalam aksi suku akhir di Stadium SoFi, pada 3.00 pagi esok (waktu Malaysia).

Namun, Belgium yang semakin meningkat prestasinya sepanjang kejohanan dijangka memberi tentangan sengit selepas membelasah Amerika Syarikat (AS) 4-1 pada pusingan 16 terakhir.

Sepanyol pula tampil dengan pertahanan paling ampuh apabila hanya melepaskan enam percubaan tepat ke gawang dalam lima perlawanan setakat ini.

Penyerang muda sensasi, Lamine Yamal, yang bakal menyambut ulang tahun ke-19 minggu depan, masih belum mempamerkan aksi terbaik apabila hanya menjaringkan satu gol sepanjang kejohanan.

Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, mengakui mereka masih menantikan sentuhan sebenar Yamal.

“Kami tahu versi terbaik Lamine masih belum muncul dalam Piala Dunia ini, sekurang-kurangnya belum pada tahap yang biasa kami lihat,” katanya.

Ketika Yamal bergelut mencari rentak, Mikel Oyarzabal muncul sandaran utama dengan empat gol, termasuk dua ketika Sepanyol menewaskan Austria 3-0 pada pusingan 32 terakhir.

Belgium pula bangkit selepas permulaan hambar dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Senegal sebelum membelasah AS. Jurulatihnya, Rudi Garcia, yakin pasukannya mampu mencipta kejutan.

“Semua orang sudah bercakap seolah-olah kami akan tersingkir. Tetapi kami percaya kami mampu melakukannya dan akan memberikan segala-galanya untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, Perancis lebih awal mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Maghribi 2-0 menerusi jaringan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele. Mbappe, yang kini mengumpul lapan gol dalam kejohanan, dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius walaupun menerima rawatan ais pada kaki selepas perlawanan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Garcia tidak bimbang sambutan dingin penyokong AS
Next:
Pertahanan kebal Sepanyol bakal diuji kebangkitan Belgium di suku akhir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.