Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepak Takraw Piala Asia: Misi balas dendam Malaysia, jumpa Thailand di final
  • SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia: Misi balas dendam Malaysia, jumpa Thailand di final

Utusan Sarawak 6 hours ago
AKSI pemain Malaysia Muhammad Noraizat Mohd Nordin ketika menentang pasukan India pada separuh akhir acara beregu Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw kebangsaan menepati ramalan mengesahkan kemaraan ke final selepas menundukkan India 2-0 dalam acara double pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, hari ini.

Duo mantap negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi seperti dijangka tidak mengalami kesukaran untuk melunturkan semangat pemain India, Yumnam Akash dan Sorokhaibam Malemnganba Singh dengan meraih mata pertama 15-12 di Stadium Titiwangsa.

Set kedua, Malaysia membawa momentum positif tersebut untuk memutlakkan kemenangan 15-12.

Kemenangan tersebut sekali gus menyalakan misi balas dendam ke atas seteru utama Thailand di final malam ini, selepas pertemuan di peringkat kumpulan pada Sabtu lepas berakhir dengan kekalahan.

Terdahulu, negara Gajah Putih itu turut mengesahkan slot ke final apabila menundukkan Indonesia, 17-16, 17-15.

Pemain apit kiri negara, Aidil Aiman berkata tumpuan mereka kini untuk melunas dendam kekalahan kepada Thailand.

“Syukur Alhamdulillah kemenangan sebentar tadi ke atas India 2-0. Untuk malam ini yang pasti saya dan rakan sepasukan akan cuba untuk buat terbaik dan menang ke atas mereka (Thailand),” katanya ditemui selepas perlawanan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bentuk generasi muda berdisiplin, berkeyakinan tinggi
Next: Petra Jaya bakal miliki ‘Bukit Jalil’ versi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.