Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia tundukkan Brunei 3-0
  • SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia tundukkan Brunei 3-0

Utusan Sarawak 21 hours ago
AKSI pemain pasukan negara, Mohamad Azlan Alias membuat libasan bola ke arah pasukan Thailand dalam pertandingan akhir acara Regu di antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa hari ini. Malaysia menang 15-12 dan 15-9. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Brunei 3-0 dalam acara regu berpasukan kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Dalam aksi pertama Kumpulan B itu, regu pertama negara dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Noraizat Mohd Nordin (apit kanan) menyumbang mata pertama negara selepas menang 15-5, 15-10.

Regu kedua negara Aidil Aiman Azwawi (apit kiri), Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong) dan Khairul Aman Mohd Rosdi (apit kanan) menyumbang mata kedua dengan kemenangan 15-7, 15-8.

Trio Amirul Zazwan Amir (apit kiri), Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Muhammad Afifuddin Mohd Razali (apit kanan) melengkapkan kemenangan skuad negara dengan 15-5, 15-3.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Ahmad Jais Baharun mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya meskipun berjaya mengatasi Brunei.

“Saya berharap perlawanan kedua menentang Jepun malam ini kita dapat memperkemas prestasi pemain supaya dapat berikan persembahan lebih baik berbanding perlawanan pertama,” katanya.

Malaysia akan turun menentang Jepun malam ini bagi memburu tiket awal ke separuh akhir.– Bernama

Continue Reading

Previous: Beri ruang kepada Herry tunjukkan hasil- Boon Heong
Next: Malaysia mampu raih emas acara regu di Sukan Sea Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.