Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia cipta sejarah juara kuadran
  • SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia cipta sejarah juara kuadran

Utusan Sarawak 14 hours ago
AKSI pemain Malaysia Aidil Aiman Azmawi ketika menentang pasukan India pada separuh akhir acara beregu ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia mencipta sejarah muncul juara acara kuadran selepas menewaskan Jepun pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, malam ini.

Skuad negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Shahalril Aiman Halim mempamerkan aksi hebat ditambah dengan sokongan padu 1,000 penyokong yang hadir memenuhi venue pertandingan untuk menguasai set pertama dengan 15-8.

Bermula set kedua, kuadran Jepun diwakili Wataru Narawa, Toshitaka Naito, Yuki Sato, Ryota Haruhara seakan tidak goyah dengan sorakan penyokong tuan rumah, mula memperkemas corak permainan dan mengejar mata demi mata.

Namun ia tidak cukup untuk menggugat penguasaan kuadran negara bergelar juara selepas menamatkan perlawanan dengan kemenangan 15-11.

Sementara itu, jurulatih negara Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman berkata kejayaan diraih anak buahnya itu menjadi pengubat kekecewaan pada penampilan di Piala Dunia di Bihar, India, Mac lepas.

 -Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Petra Jaya bakal miliki ‘Bukit Jalil’ versi Sarawak
Next: Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.