Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang wanita lemas di Air Terjun Wong Ruan
  • KEMALANGAN

Seorang wanita lemas di Air Terjun Wong Ruan

Utusan Sarawak 2 days ago
DITEMUI LEMAS…..Pihak KKM yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa lemas telah meninggal dunia. Foto PGO Bomba Sarawak

SARIKEI: Seorang wanita berumur 20 tahun ditemui lemas di Air Terjun Wong Ruan, Ulu Sarikei petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, rakan mangsa meminta bantuan orang kampung dan terus menghubungi pihak polis dan bomba.  

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei tiba di lokasi pada 4.48 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang.  

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Alffian Sahmat dimaklumkan terdapat dua orang mangsa dilaporkan lemas ketika mandi di air terjun tersebut. 

“Seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan, manakala seorang mangsa ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa lemas yang ditemui meninggal dunia pada 3.45 petang dikenal pasti sebagai Nur Afiqah Jemat. 

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian pada 6.13 petang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pada 6.20 petang, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke trak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: “Saya lihat tubuh rakan-rakan terbaring bergelimpangan, ada antara mereka sudah tidak bernyawa,” – mangsa
Next: Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.