Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Seorang petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras
  • Utara
  • WILAYAH

Seorang petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras

Utusan Sarawak 8 hours ago

LAWAS: Seorang anggota Pasukan Ukur Malaysia dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi sungai di kawasan Ulu Temburong malam tadi.

Ketika kejadian, Donysius Gabriel Goh, 36, sedang menjalankan operasi pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei bersama lima rakannya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dikerah ke lokasi.

Kejadian berlaku sekitar 8.30 malam pada Selasa lepas apabila hujan lebat menyebabkan arus sungai menjadi deras ketika kumpulan itu cuba menyeberangi sungai untuk ke lokasi perkhemahan.

“Seorang daripada mereka telah dihanyutkan arus deras dan hilang daripada pandangan manakala lima lagi terselamat. Usaha pencarian awal telah dijalankan oleh rakan mangsa pada malam kejadian namun tidak berhasil,” menurut kenyataan JBPM.

Pencarian diteruskan pagi tadi dalam radius sekitar 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut, namun setakat ini mangsa masih belum ditemukan.

Kelima-lima anggota yang terselamat kembali ke kem markas mereka pada 11.30 pagi semalam sebelum melaporkan insiden dan mendapatkan bantuan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat dijangka dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi lain. Kawasan kejadian dilaporkan berada di hutan tebal berhampiran sungai dengan laluan mencabar serta tiada liputan komunikasi, sekali gus menyukarkan usaha pencarian.

“Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang hitam, seluar panjang hitam, stoking kuning dan kasut getah,” menurut kenyataan itu.

 Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Bertuntung semarakkan malam likur, Jepak jadi tumpuan pengunjung luar
Next: Petugas ukur hilang dipercayai dihanyutkan arus deras, polis aktifkan SAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.