Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, tiga cedera banjir kilat di Ecuador
  • GLOBAL

Seorang maut, tiga cedera banjir kilat di Ecuador

Utusan Sarawak 3 months ago
SEORANG lelaki membersihkan serpihan jalan yang dinaiki air di Piñas, wilayah El Oro, Ecuador pada 1 Mac 2025. Foto AFP

QUITO: Sekurang-kurangnya seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas banjir kilat dicetuskan oleh hujan lebat melanda Pinas di wilayah pesisir El Oro, Ecuador pada Jumaat malam, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Pengurusan Risiko dan Kecemasan Kebangsaan (SNGRE) berkata banjir itu menjejaskan tiga kawasan di Pinas, memaksa 400 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

ORANG ramai membersihkan jalan raya selepas ditenggelami air di Piñas, wilayah El Oro, Ecuador pada 1 Mac 2025. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 10 rumah musnah, 60 kediaman rosak, dan beberapa perniagaan turut terjejas.

Presiden Ecuador Daniel Noboa mengarahkan agensi kerajaan segera dikerahkan bagi membantu usaha bantuan di El Oro, satu daripada lapan wilayah yang diisytiharkan darurat susulan hujan lebat berterusan.

Anggota bomba meneruskan operasi pemindahan pada Sabtu, manakala pasukan kecemasan menilai kerosakan serta menggerakkan bantuan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Runtuhan salji di Himalaya ragut empat nyawa
Next: Blue Ghost, binaan angkasa lepas AS mendarat di Bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.