Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
  • GLOBAL

Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia

Utusan Sarawak 5 months ago

Foto hiasan. - Foto fail AFP

SYDNEY: Seorang maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas pesawat ringan terhempas di utara Sydney hari ini, menurut pihak polis, lapor Xinhua. 

Pasukan kecemasan termasuk polis, ambulans dan sebuah helikopter penyelamat dikerah ke lokasi nahas di lapangan terbang di Pulau Palmers, kira-kira 500 kilometer di utara Sydney, New South Wales (NSW) kira-kira 11.20 pagi waktu tempatan.

Dalam satu kenyataan, Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa belum dikenal pasti secara rasmi, namun dipercayai seorang lelaki berusia sekitar 60-an. 

Penumpang tunggal pesawat itu – seorang lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an – menerima rawatan di lokasi sebelum dihantar ke hospital berhampiran akibat kecederaan serius. 

Menurut laporan Australian Broadcasting Corporation, pesawat itu terhempas tidak jauh dari landasan lapangan terbang berkenaan. 

Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan meminta orang ramai agar tidak menghampiri lokasi kejadian. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Semua kecuali 2 mangsa nahas pesawat di Korea Selatan dianggap maut
Next: Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas, dentuman kuat sebaik berlepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.