Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan di Jalan Penrissen
  • KEMALANGAN

Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan di Jalan Penrissen

Utusan Sarawak 5 hours ago
 OPERASI pihak bomba menyelamat mangsa terbabit dengan kemalangan jalan raya di Jalan Penrissen, Batu 8, Kuching.

KUCHING: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta jenis Honda Civic terbabas dan terjunam ke dalam parit sedalam sekitar 9.14 meter dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Penrissen, Batu 8, di sini, lewat malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.35 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa tiba di lokasi pada 11.42 malam.

“Kemalangan melibatkan dua mangsa lelaki dewasa yang terhumban keluar dari kenderaan akibat impak kejadian.

“Mangsa pertama berusia 23 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kedua berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulans KKM,” katanya.

Mengulas lanjut, operasi menyelamat diketuai PBK II Awang Iskandar Rashid Awang Seruji bersama enam anggota bomba, dengan kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik ke tebing jalan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak perubatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.10 pagi Ahad selepas keadaan disahkan selamat, dengan bantuan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Mayat terapung dikenal pasti mangsa terjatuh dari kapal di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.