Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, seorang cedera lori aiskrim terbabas di Jalan Sibu-Bintulu
  • KEMALANGAN

Seorang maut, seorang cedera lori aiskrim terbabas di Jalan Sibu-Bintulu

Utusan Sarawak 2 hours ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan kendiri melibatkan lori muatan ais krim di Batu 40, Sungai Kua, Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

SELANGAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas lori muatan aiskrim yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 40, Sungai Kua, Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.30 petang.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori aiskrim yang terbabas di tengah jalan. Terdapat dua mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan.

“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM. Seorang lagi mangsa masih tersepit di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PASUKAN bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan kendiri melibatkan lori muatan ais krim di Batu 40, Sungai Kua, Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut, dua cedera dalam nahas di Batu 28 Jalan Kuching–Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.