Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen
  • KEMALANGAN

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen

Utusan Sarawak 3 hours ago
KENDERAAN yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen, awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 4.26 pagi berhampiran stesen minyak di Batu 7, satu kemalangan berlaku yang mengakibatkan seorang individu meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Sentosa bersama lima anggota digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Setibanya di lokasi kira-kira 4.32 pagi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza yang terbabas di bahu jalan.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

Seorang mangsa telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi mangsa didapati masih tersepit di dalam kenderaan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua juruterbang maut dalam nahas pesawat kargo di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.