Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, sembilan cedera dalam kebakaran hutan besar di Perancis
  • GLOBAL

Seorang maut, sembilan cedera dalam kebakaran hutan besar di Perancis

Utusan Sarawak 2 days ago
SEBUAH hutan marak dijilat api ketika kebakaran hutan melanda berhampiran Fontjoncouse, barat daya Perancis, pada 6 Ogos 2025. Kebakaran hutan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan sembilan yang lain, serta memusnahkan 11,000 hektar tanah, menurut pegawai tempatan. Kebakaran yang bermula sehari sebelumnya itu telah memusnahkan atau merosakkan 25 buah rumah di wilayah selatan Aude, di mana lebih 1,800 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran terbesar di Perancis setakat musim panas ini. Foto AFP

LAGRASSE, PERANCIS: Ratusan anggota bomba hari ini bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang marak di selatan Perancis, yang telah memusnahkan kawasan luas, meragut satu nyawa dan mencederakan sembilan yang lain.

“Kebakaran masih sangat aktif dan keadaan masih tidak memihak kepada kita,” kata Lucie Roesch, Setiausaha Agung Pejabat Wilayah (Prefecture) Aude, yang menyebut keadaan kemarau, suhu yang semakin meningkat dan angin kencang sebagai faktor utama.

Kebakaran yang bermula pada hari Selasa itu telah memusnahkan atau merosakkan 25 rumah di wilayah Aude di selatan Perancis, di mana kira-kira 2,000 anggota bomba sedang berusaha mengawal kebakaran hutan terbesar di negara itu setakat musim panas ini.

KENDERAAN bomba bergerak menuju ke lokasi kebakaran hutan yang sedang marak berhampiran Fontjoncouse, barat daya Perancis, pada 6 Ogos 2025. Kebakaran hutan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan sembilan yang lain, serta memusnahkan 11,000 hektar tanah, menurut pegawai tempatan. Foto AFP

Seorang wanita warga emas maut di rumahnya, seorang lagi dilaporkan hilang dan dua orang cedera, termasuk seorang yang kini berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk, menurut Prefektur Aude.

Tujuh anggota bomba turut mengalami kecederaan akibat terhidu asap.

Kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 12,000 hektar (27,000 ekar) tanah.

“Kebakaran sedang merebak di kawasan yang mempunyai semua faktor yang menyumbang kepada penyebarannya,” tambah Roesch.

Pesawat digunakan untuk menjatuhkan air ke atas api, namun Roesch memberi amaran bahawa “kebakaran ini akan mengambil masa beberapa hari untuk dikawal. Ia adalah operasi jangka panjang.”

SEBUAH hutan marak dijilat api ketika kebakaran hutan melanda berhampiran Fontjoncouse, barat daya Perancis, pada 6 Ogos 2025. Kebakaran hutan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan sembilan yang lain, serta memusnahkan 11,000 hektar tanah, menurut pegawai tempatan. Kebakaran yang bermula sehari sebelumnya itu telah memusnahkan atau merosakkan 25 buah rumah di wilayah selatan Aude, di mana lebih 1,800 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran terbesar di Perancis setakat musim panas ini. Foto AFP

Tapak perkhemahan dan sekurang-kurangnya sebuah kampung telah dipindahkan sebahagian, dan beberapa jalan utama turut ditutup.

“Saya tinggalkan semuanya,” kata David Cerdan, seorang lelaki berusia 51 tahun yang melarikan diri dari Saint-Laurent-de-la-Cabrerisse, di mana seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an maut selepas enggan meninggalkan rumahnya.

“Saya cuba melihat dari sudut positif. Saya cuma mengalami kerugian harta benda,” kata Cerdan, yang tinggal berdekatan dengan mangsa.

Perdana Menteri Francois Bayrou dan Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dijadualkan melawat kawasan Aude, hari ini. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: NASA sahkan rancangan bina reaktor nuklear di Bulan
Next: Agong bertemu Putin pada lawatan negara pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.