Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, puluhan cedera dalam gempa bumi di Turkiye
  • GLOBAL

Seorang maut, puluhan cedera dalam gempa bumi di Turkiye

Utusan Sarawak 3 days ago
GEMPA bumi bermagnitud 5.8 melanda perairan pantai Marmaris di wilayah Mugla, barat daya Turkiye.

ISTANBUL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut manakala puluhan lagi cedera awal pagi Selasa apabila panik dan ketakutan menyelubungi penduduk semasa gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda perairan pantai Marmaris di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).

Afranur Gunlu mengalami serangan panik ketika gegaran berlaku di daerah Fethiye dan dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan meskipun diberikan rawatan perubatan, menurut Gabenor Mugla Idris Akbiyik.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 67.91 kilometer (km) dan 10.43 km dari pantai Marmaris di Laut Mediterranean. Ia tidak menyebabkan kerosakan struktur yang besar, namun ketakutan menyebabkan orang ramai melompat dari tempat tinggi atau melarikan diri keluar dari bangunan.

Gabenor Akbiyik berkata seramai 69 orang terjejas akibat gempa bumi itu, dengan kecederaan kebanyakannya berpunca daripada cubaan melarikan diri dalam keadaan panik.

“Seramai 55 orang dimasukkan ke hospital — 10 dibawa dengan ambulans dan 45 lagi berjalan kaki. Empat belas orang enggan dibawa ke hospital dan dirawat di lokasi,” katanya. “Seorang pesakit dimasukkan ke wad, 46 sedang menerima rawatan di unit kecemasan dan lapan telah dibenarkan pulang.”

Penilaian awal mendapati hanya kerosakan kecil pada dua bangunan di Marmaris, termasuk keretakan pada dinding dan tiada kemusnahan besar dilaporkan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perlumbaan perahu naga semakin popular di serata dunia
Next: Dinding penjara rosak akibat gempa bumi, lebih 200 banduan melarikan diri di Karachi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.