Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, enam hilang kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu
  • KEMALANGAN

Seorang maut, enam hilang kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

Utusan Sarawak 13 hours ago
TANAH RUNTUH... Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.

KOTA KINABALU: Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah ketika dihubungi memberitahu keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke tempat kejadian pada 10.24 pagi.

“Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini,” katanya.

Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas mangsa bot karam di Sungai Bayai ditemui tidak bernyawa
Next: Empat lagi ditemukan maut dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.