Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, dua cedera ringan dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Seorang maut, dua cedera ringan dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 3 days ago

PASUKAN BOMBA menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di duduk di bahagian belakang dalam kemalangan di Jalan Kampung Bedengan, pagi tadi.

MUKAH: Seorang maut manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Kampung Bedengan, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggikan pada 4.48 pagi.

“Terdapat tiga mangsa, dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih tersepit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa penumpang duduk di bahagian belakang yang tersepit telah berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Dua mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulan KKM manakala mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita selamat kereta terjunam gaung di Jalan Krokong
Next: Fatal accident along Jalan Tun Jugah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.