Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, dua cedera parah, enjin bot meletup di Tatau
  • KEMALANGAN

Seorang maut, dua cedera parah, enjin bot meletup di Tatau

Utusan Sarawak 12 hours ago
KEADAAN mangsa yang cedera parah selepas enjin bot meletup di sebuah bengkel di Tatau sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

BINTULU: Seorang pekerja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas enjin bot yang sedang diuji tiba-tiba meletup dalam kejadian di sebuah bengkel di Tatau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Reis berkata, dalam kejadian sekitar 4.00 petang itu, mangsa bersama dua lagi pekerja serta pemilik bengkel sedang membaiki dan menguji enjin bot sebagai persediaan menyertai perlumbaan Bot Laju Pesta Tatau 2025 yang dijadualkan berlangsung hari ini.

“Ketika ujian dilakukan, enjin bot berkenaan tiba-tiba meletup dan serpihan terkena tiga pekerja yang berada berhampiran. 

“Seorang lelaki berusia 23 tahun meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tatau.

“Dua lagi pekerja lelaki masing-masing berusia 41 dan 28 tahun cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemilik bengkel yang berusia 59 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati enjin bot tersebut meletup secara tiba-tiba ketika diuji.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati insiden ini merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah terlibat. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. 

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Tatau di talian 086-584539 atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Rafiziezuan Mohd Yakop di talian 016-5254225.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima terselamat dalam kejadian kemalangan kendiri 
Next: Lelaki meninggal dunia, kejadian perahu lumba karam di Beladin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.