Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang maut, dua cedera kemalangan dua kereta di Jalan Bintulu-Bakun
  • KEMALANGAN

Seorang maut, dua cedera kemalangan dua kereta di Jalan Bintulu-Bakun

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Bintulu-Bakun hari ini. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bintulu-Bakun hari ini.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Jok Jalong berusia 48 tahun.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga FLX.

“Seorang lelaki yang juga pemandu Proton Saga ditemui tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita dari kereta Proton Saga dan seorang lelaki dari Proton Saga FLX mengalami kecederaan.

Dua mangsa terbabit seterusnya dihantar ke Hospital Bintulu oleh ambulans KKM sebelum ketibaan pasukan bomba.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut kemalangan di Jalan Sibu-Durin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.