Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, 26 cedera dalam kemalangan melibatkan 50 kenderaan di Tokyo
  • GLOBAL

Seorang maut, 26 cedera dalam kemalangan melibatkan 50 kenderaan di Tokyo

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEKURANG-kurangnya 10 kenderaan terbakar susulan nahas itu, mengambil masa lebih tujuh jam untuk dipadamkan. Foto Agensi

TOKYO: Seorang maut manakala 26 yang lain cedera, termasuk lima parah dalam kemalangan membabitkan lebih 50 kenderaan di sebuah lebuh raya di Wilayah Gunma barat laut Tokyo pada Jumaat, menurut polis.

Kemalangan berlaku di lorong keluar Lebuhraya Kan-etsu Expressway di kawasan Minakami sekitar 7.30 malam, apabila beberapa kenderaan dipercayai tergelincir dari jalan ketika salji turun, lapor Agensi Berita Kyodo.

Polis memaklumkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan terbakar dalam kejadian itu, manakala usaha memadam kebakaran mengambil masa lebih tujuh jam.

Kemalangan bermula apabila sebuah lori melanggar sebuah lagi lori yang berhenti di atas jalan sebelum itu, lalu mencetuskan kemalangan berantai sepanjang kira-kira 300 meter.

Seorang penumpang wanita berusia 77 tahun yang duduk di tempat duduk belakang sebuah kereta disahkan meninggal dunia, manakala 21 individu mengalami kecederaan ringan. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Next: Kemboja, Thailand tandatangan perjanjian gencatan senjata bagi tamatkan konflik sempadan serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.