Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Satok
  • KEMALANGAN

Seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Satok

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN bomba berada di lokasi kejadian kemalangan empat kenderaan di kawasan letak kereta awam di Jalan Satok.

KUCHING: Satu kemalangan membabitkan empat kenderaan berlaku di kawasan tempat letak kereta awam berhampiran restoran makanan segera McDonald’s di Jalan Satok, di sini hari ini yang mengakibatkan seorang lelaki dewasa tidak sedarkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, PBK I TBBK I Mohd Nurrudin Mohd Yunus berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis BMW yang hilang kawalan sebelum melanggar tiga kenderaan lain yang sedang diparkir di lokasi berkenaan.

Pasukan Keluaran Operasi dari Pasukan RIM bertindak memecahkan tingkap dan membuka pintu kenderaan untuk mendapatkan akses kepada mangsa.

Seorang lelaki yang berada di dalam kereta didapati tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami serangan jantung.

MANGSA diberi rawatan kecemasan oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke hospital.

Pasukan RIM Bomba dengan bantuan Pasukan EMRS Bomba menjalankan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan jentera EMRS untuk tindakan lanjut.

Sehingga laporan ini disediakan, identiti mangsa masih belum diperoleh. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kemalangan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Pesawat tentera Turkiye terhempas di Georgia tanpa hantar syarat kecemasan
Next: Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Bako

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.