Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang lelaki tempatan ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah di Lawas
  • JENAYAH

Seorang lelaki tempatan ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI BERTERUSAN… Seorang lelaki bekerja sebagai buruh ditangkap atas kesalahan dadah.  

LAWAS: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh berusia 41 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu, operasi berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak adalah sejajar dengan hasrat Pesuruhjaya Polis Sarawak yang mahu membasmi kes penyalahgunaan dadah secara berhabisan.

“Petang semalam sekitar 1.30 petang bertempat di tepi Jalan Punang Lawas seorang lelaki telah ditahan.
Hasil pemeriksaan badan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp dan Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai lapan kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki 22 tahun disyaki terlibat penyalahgunaan dadah
Next: Mayat wanita dalam beg: Suspek utama direman tujuh hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.