LAWAS: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan di rumahnya di Jalan Punang pada pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, mengesahkan lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang barang haram atau dadah pada suspek.
Namun, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine (Amp) dan Methamphetamine (Meth).
Semakan rekod lampau menunjukkan suspek mempunyai lima kesalahan berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus