Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Seorang lelaki didakwa bunuh Suri Narudin
  • MAHKAMAH

Seorang lelaki didakwa bunuh Suri Narudin

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Suri Narudin yang mayatnya ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah dekat sini. Zainizan Zainal, 51, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Foto BERNAMA

TAMPIN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Suri Narudin yang mayatnya ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah dekat sini.

Zainizan Zainal, 51, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Suri, 53, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan terhadap Zainizan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Januari tahun depan untuk laporan forensik serta bedah siasat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata mayat yang ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: 36 kes dadah dibicarakan dalam Sidang Mahkamah Litar Bau
Next: Kes 1MDB: Mahkamah tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.