Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang lelaki cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Saradise
  • KEMALANGAN

Seorang lelaki cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Saradise

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KEADAAN kereta pacuan empat roda selepas terbabit kemalangan kendiri di Jalan Saradise. Foto JBPM

KUCHING: Seorang lelaki dewasa dilaporkan mengalami cedera ringan dalam satu kemalangan jalan raya kendiri berhampiran BH Clinic, Jalan Saradise, di sini, malam ini.

Menurut catatan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 9.13 malam dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian, sekitar sembilan kilometer dari balai.

Komander operasi, PBK II Tahir Tuah, berkata mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba dan dilaporkan stabil. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

PIHAK bomba tiba di lokasi kejadian untuk operasi menyelamat mangsa kemalangan kendiri. Foto JBPM

Sebanyak lapan anggota bersama sebuah jentera FRT terlibat dalam operasi tersebut.

Operasi tamat pada 9.44 malam selepas semua keadaan disahkan selamat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Remaja 17 tahun maut motosikal terbabas di Flyover Jalan Miri Bypass
Next: Tiga lelaki cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Kampung Bayai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.