Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang lelaki cedera, dua selamat kemalangan tiga kenderaan di Pan Borneo, Jakar Sarikei
  • KEMALANGAN

Seorang lelaki cedera, dua selamat kemalangan tiga kenderaan di Pan Borneo, Jakar Sarikei

Utusan Sarawak 5 months ago

Lokasi kejadian di Jalan Pan Borneo, Jakar di Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo, Jakar, dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata lelaki berusia 65 tahun itu tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 pagi tadi.

“Sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 11 kilometer dari balai diketuai komander operasi, Hilary Pitre Ambit.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kenderaan jenis pacuan empat roda dan sebuah Perodua Kembara. 

“Seorang mangsa, lelaki, masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta Perodua Kembara.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dikejarkan ke Hospital Sarikei bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Beliau berkata pemandu kedua-dua lelaki dalam kederaan pacuan empat roda berusia 57 dan 31 tahun, tiada mengalami kecederaan.

Katanya, operasi berakhir pada jam 10.50 pagi.

Continue Reading

Previous: Bot Karam: Mangsa kelima ditemui, kini tinggal seorang masih hilang
Next: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.