Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang lagi keldai akaun ditangkap polis di Lubok Antu
  • JENAYAH

Seorang lagi keldai akaun ditangkap polis di Lubok Antu

Utusan Sarawak 12 hours ago
LELAKI berusia awal 20-an diberkas polis selepas disyaki menjadi ‘keldai akaun’ bagi sindiket penipuan dalam talian di Jalan Batang Ai Dam, Lubok Antu, petang semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia awal 20-an ditahan polis selepas disyaki terlibat sebagai ‘keldai akaun’ dalam satu kes penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian sebanyak RM10,000, dilaporkan di Perak.

Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi di Jalan Batang Ai Dam, petang semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, suspek dipercayai telah membenarkan akaun bank miliknya digunakan oleh sindiket penipuan melalui telefon untuk menerima wang hasil kegiatan penipuan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu atas apa jua alasan kerana tindakan itu boleh membawa padah,” tegas kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM139,000 terperdaya tawaran kerja sampingan dalam talian
Next: 80 PATI ditahan dalam Ops Mahir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.