Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Seorang kru maut selepas kebakaran di atas kapal persiaran menuju Singapura
  • KEBAKARAN

Seorang kru maut selepas kebakaran di atas kapal persiaran menuju Singapura

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN… Seorang kru kapal persiaran berdaftar di Liberia, World Legacy maut selepas kebakaran berlaku di atas kapal itu ketika dalam perjalanan ke Singapura.

SINGAPURA: Seorang kru kapal persiaran berdaftar di Liberia, World Legacy maut selepas kebakaran berlaku di atas kapal itu ketika dalam perjalanan ke Singapura.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira 4.00 pagi tadi dan kebakaran itu berjaya dikawal oleh kru kapal.

“Terdapat 388 kru di atas kapal itu, dan tiada seorang pun rakyat Singapura, manakala terdapat 224 penumpang, dengan 185 daripadanya adalah rakyat Singapura.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan kru dan penumpang lain,” menurut kenyataan itu.

Agensi berkenaan memaklumkan bahawa kapal itu berada dalam keadaan stabil dan kini berlabuh di Raffles Reserved Anchorage.

“Bot peronda MPA, Polis Pengawal Pantai dan Divisyen Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang memberi bantuan kepada kapal berkenaan,” tambahnya.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat 80 peratus musnah dalam kebakaran awal pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.