Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang hilang, ratusan dipindahkan akibat banjir
  • GLOBAL

Seorang hilang, ratusan dipindahkan akibat banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PENDUDUK menggunakan bot kayu untuk mengharungi jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di kampung Dayeuhkolot, Bandung, Jawa Barat, pada 26 Februari lalu. Foto AFP

JAKARTA: Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah, mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat.

Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Barat melaporkan ratusan rumah ditenggelami air, manakala seorang penduduk masih hilang.

Antara kawasan terjejas ialah Rumpin, Bojong Gede, dan Cisarua. Di Kampung Sukasari, Rumpin, sebuah rumah dan sebuah sekolah turut dinaiki air.

Foto AFP

Di Kampung Rawapanjang, 137 rumah terjejas menyebabkan 547 penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, di Kampung Tugu Selatan, 119 rumah ditenggelami air dan memaksa 423 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki dikenali sebagai Asep Mulyana, 59, dihanyutkan arus selepas Sungai Cisaru melimpah, menyebabkan kawasan itu ditenggelami air sehingga paras lutut.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini dengan pasukan BPBD, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan dikerah ke lokasi kejadian. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Cuaca panas melampau, beberapa sekolah di Filipina ditutup
Next: Arus laut paling deras akan perlahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.