Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang hilang dalam kebakaran musnahkan 170 bangunan di bandar Oita, Jepun
  • GLOBAL

Seorang hilang dalam kebakaran musnahkan 170 bangunan di bandar Oita, Jepun

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba berjuang memadam kebakaran yang merebak di bandar Oita, Jepun.
KEBAKARAN besar memusnahkan lebih 170 bangunan di kawasan kediaman padat Saganoseki, Oita, Jepun, seorang lelaki berusia 70-an dilaporkan hilang. Foto AFP

OITA (Jepun): Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilaporkan hilang selepas kebakaran besar memusnahkan lebih 170 bangunan di kawasan kediaman padat di bandar Oita, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Kyodo News.

Pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran yang tercetus di daerah Saganoseki di bandar barat daya Jepun itu pada Selasa.

Pihak berkuasa bandar Oita memaklumkan lebih 170 penduduk telah dipindahkan.

Kebakaran yang dilaporkan kepada polis melalui panggilan kecemasan itu bermula di kawasan kediaman yang terletak di timur laut pelabuhan perikanan Saganoseki.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Siklon Tropika Fina terbentuk di perairan utara Australia
Next: Singapura catat rekod terbesar rampasan tanduk badak sumbu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.