Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang ditangkap, 18 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Seorang ditangkap, 18 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh IPD Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis manakala 18 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Operasi Tapis Khas/Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, penahanan lelaki berkenaan dibuat selepas ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Foto IPD Lubok Antu

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 19 pegawai dan anggota polis daripada semua bahagian dan balai di bawah IPD Lubok Antu, dengan tumpuan kepada pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah serta pematuhan undang-undang jalan raya.

Sepanjang operasi dijalankan, pihak polis memeriksa 91 kenderaan dan 115 individu bagi memastikan tiada aktiviti menyalahi undang-undang berlaku.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh IPD Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

Hasil pemeriksaan turut membawa kepada pengeluaran 18 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, selaras dengan usaha meningkatkan disiplin dan keselamatan pengguna jalan raya.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan secara berterusan dan berfokus bagi membanteras jenayah serta memastikan keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam di daerah itu sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suri rumah rugi RM243,300 ditipu cabutan bertuah dalam talian di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.