Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sentuhan Ramadan YADIM dan CIMB Islamic Bank di Asajaya
  • Selatan
  • WILAYAH

Sentuhan Ramadan YADIM dan CIMB Islamic Bank di Asajaya

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Rubiah Wang berucap ketika Program Harapan Ramadan 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama CIMB Islamic Bank, yang berlangsung di Masjid An Najah, Asajaya, hari ini.Foto Norman B

ASAJAYA: Seramai 100 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan mualaf di bawah Parlimen P197 Kota Samarahan menerima sumbangan menerusi Program Harapan Ramadan 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama CIMB Islamic Bank, yang berlangsung di Masjid An Najah, Asajaya.

Program kebajikan berkenaan bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan awal menyambut Ramadan, selain memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat setempat.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merangkap Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, yang turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima serta beramah mesra bersama komuniti setempat.

DATUK Rubiah Wang (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Harapan Ramadan YADIM bersama CIMB Islamic Bank 2026 yang berlangsung di Masjid An Najah, Asajaya, hari ini. Foto Norman B

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada YADIM dan CIMB Islamic Bank atas komitmen berterusan melaksanakan inisiatif kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara agensi dakwah dan institusi kewangan berlandaskan prinsip keprihatinan sosial wajar diteruskan kerana mampu memperluas jaringan bantuan kepada golongan sasaran, selari dengan keperluan semasa menjelang Ramadan.

DATUK Rubiah Wang merakam gambar kenangan bersama para penerima sumbangan pada Program Harapan Ramadan YADIM bersama CIMB Islamic Bank 2026 yang berlangsung di Masjid An Najah, Asajaya, hari ini. Foto Norman B

Bagi tahun 2026, Program Harapan Ramadan diperluaskan ke enam Parlimen terpilih di Sarawak bagi memastikan penyaluran bantuan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan inklusif.

Bantuan yang disalurkan diharap dapat membantu para penerima membuat persediaan Ramadan dengan lebih tenang serta memberi makna yang lebih mendalam dalam menyambut bulan penuh keberkatan itu.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dapur rumah terbakar di Kampung Segedup
Next: Pembangunan fasiliti sukan di kawasan DUN Kalaka terus diberi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.