
PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa selama empat hari untuk menghasilkan gubahan bunga songket yang indah dan penuh ketelitian.
Setiap satu gubahan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk disiapkan, mencerminkan kesabaran, kehalusan seni dan sentuhan peribadi beliau.

Gubahan ini direka khas sebagai cenderahati istimewa sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei dan Majlis Raja-Raja Kali ke-269, satu penghormatan yang mencerminkan keunikan warisan seni dan budaya tempatan.
Seni tangan ini bukan sahaja memperlihatkan keindahan songket sebagai warisan Melayu, tetapi juga menyerlahkan kepekaan Toh Puan Fauziah terhadap nilai estetika dan simbolik dalam setiap hasil karyanya.