Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sentiasa kemas kini maklumat pelajar
  • TEMPATAN

Sentiasa kemas kini maklumat pelajar

Utusan Sarawak 4 years ago
RINGANKAN BEBAN… Majang Renggi (dua, kiri) menyerahkan simbolik baucar bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak kepada salah seorang wakil penerima bagi sekolah di bawah DUN Samalaju.

BINTULU: Pihak sekolah khususnya di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju disarankan supaya sentiasa mengemas kini maklumat pelajar untuk memastikan para pelajar yang layak tidak tercicir daripada menerima Bantuan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata, usaha tersebut juga membolehkan pelajar menerima bantuan,  seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga.

“Saya menyarankan ibu bapa dan anak-anak juga memberikan maklumat yang betul kepada pihak sekolah untuk tujuan tersebut,” katanya ketika menyerahkan bantuan tersebut bertempat di Pejabat Daerah Bintulu, semalam.

Menurutnya, seramai 501 penerima bantuan tersebut dari 18 buah sekolah di bawah DUN Samalaju melibatkan kos sebanyak RM100,200.00.

Majang dalam pada itu menyarankan kepada pihak Yayasan Sarawak supaya bantuan tersebut tidak terhad kepada pakaian seragam sahaja.

“Dicadangkan supaya baucar ini dapat diperluas penggunaannya khususnya untuk tujuan peranti dan sebagainya memandangkan kini pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap nilai bantuan tersebut juga dapat ditambah oleh pihak Yayasan Sarawak memandang harga barang kini melonjak tinggi.

Dalam perkembangan sama beliau memaklumkan  bahawa baucar bantuan pakaian seragam terbabit dapat digunakan di Everwin Fashion House (Bintulu) Sdn. Bhd. Iaitu di No 1-6, Jalan Queen dan No 22-28, Jalan Keppel, Bintulu.

Continue Reading

Previous: TEPAT PADA MASANYA
Next: Bomba bersih landasan Lapangan Terbang Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.