Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Seni jahitan Burie mampu dikembangkan sebagai produk pelancongan
  • Tengah
  • WILAYAH

Seni jahitan Burie mampu dikembangkan sebagai produk pelancongan

Utusan Sarawak 2 months ago
PARA peserta Bengkel Pemantapan Jahitan Kraf (Jahitan Burie) bergambar bersama selepas menerima sijil penyertaan. Foto UKAS

KAPIT: Seni jahitan Burie, salah satu warisan unik Sarawak, mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai produk pelancongan bernilai tinggi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan menyatakan bahawa kerajaan komited dalam usaha memelihara dan mempromosikan seni kraf negeri melalui pelbagai inisiatif pembangunan.

Beliau menggalakkan usahawan kraf memanfaatkan teknologi digital seperti e-dagang dan pemasaran dalam talian untuk meluaskan pasaran mereka.

“Seni jahitan Burie bukan sekadar warisan budaya, tetapi juga aset berharga yang boleh menjadi daya tarikan pelancongan. Kami ingin melihat lebih ramai usahawan kraf berjaya bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di persada antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Bengkel Jahitan Burie, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan warisan ini dalam arus kemodenan agar tidak dilupakan.

“Dalam usaha mencapai kemajuan, kita tidak boleh mengetepikan warisan yang menjadi identiti bangsa. Ia perlu terus dipertahankan agar kekal relevan dan dihargai oleh generasi akan datang,” tambahnya.

Bagi memperkukuh industri kraf tempatan, satu bengkel khas mengenai jahitan Burie telah diadakan dengan sokongan Sarawak Craft Council.

Bengkel anjuran Durie Likong ini bertujuan memperkenalkan teknik jahitan Burie kepada peserta serta membantu penggiat kraf meningkatkan daya saing dalam industri tempatan dan antarabangsa. 

Selain menjadi platform pembelajaran, bengkel ini turut membuka ruang perbincangan antara penggiat kraf. – UKAS 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot ekspres
Next: RM3.5 juta bangun kilang proses beras di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.