Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Seni dan budaya berpotensi jana pendapatan, perkasa ekonomi
  • SEMASA

Seni dan budaya berpotensi jana pendapatan, perkasa ekonomi

Utusan Sarawak 4 months ago
RASMI… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus hadir merasmikan Program Seni dan Budaya Daerah Subis 2025 di Arena Sibuti, hari ini. 

MIRI: Seni dan budaya bukan sekadar hobi, tetapi juga merupakan industri kreatif yang dapat menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi tempatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata,
pengkomersialan hasil kraftangan diharapkan mampu menginspirasikan belia untuk menjadikan seni dan budaya sebagai peluang kerjaya yang berpotensi tinggi.

“Justeru, belia didorong untuk meneroka pelbagai bidang seperti penghasilan produk kraftangan, seni persembahan, fotografi budaya, serta pengurusan acara tradisional.

“Dengan sokongan latihan, pameran, dan akses kepada platform pemasaran moden seperti e-dagang, generasi muda dapat mengkomersialkan bakat mereka sambil mengekalkan elemen warisan budaya
dalam setiap karya,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Program Seni Dan Budaya Daerah Subis 2025 di Arena Sibuti, Bekenu, hari ini.

Mengenai program itu, Rosey berkata, ia bukan sahaja menjadi medan untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti tetapi juga sebagai platform untuk memperkenalkan kekayaan seni dan budaya tempatan kepada generasi muda.

“Seni dan budaya adalah nadi kepada identiti sesebuah  bangsa. Ia menyimpan cerita, nilai, dan aspirasi yang  membentuk jati diri kita.

“Program ini adalah bukti komitmen kita untuk memastikan warisan ini terus dipertahankan dan disemarakkan. Melalui pameran dan aktiviti yang dirancang, kita membuka ruang untuk masyarakat mendalami keindahan budaya tradisional kita,” ujarnya.

Program tersebut merupakan anjuran SABERKAS Cawangan Bekenu.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 12 barang disenarai di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina
Next: Kepemimpinan Abang Johari bawa banyak kemajuan untuk Sarawak – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.