
BUENOS AIRES: Colombia Miguel Uribe Turbay yang dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2026, kini berada dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan, lapor Bluradio yang memetik sumber, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Senator berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala atau leher.
Pada Sabtu, seorang individu tidak dikenali melepaskan tembakan ke arahnya ketika senator itu sedang menyampaikan ucapan awam.
Pihak pentadbiran presiden menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk segera memulakan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik insiden.
Polis berjaya menahan penyerang berkenaan, yang turut mengalami kecederaan selepas ditembak oleh pengawal keselamatan Uribe. – Bernama