Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Senaraikan semula Neymar ke Piala Dunia, kata Ronaldo
  • SUKAN

Senaraikan semula Neymar ke Piala Dunia, kata Ronaldo

Utusan Sarawak 3 days ago
Legenda Brazil, Ronaldo (kiri) dan Neymar. Foto fail AFP

SAO PAULO: Legenda Brazil, Ronaldo menggesa jurulatih skuad Selecao, Carlo Ancelotti menyenaraikan semula Neymar ke dalam pasukan itu bagi Piala Dunia di Amerika Utara tahun depan.

Neymar yang memegang rekod penjaring terbanyak Brazil dengan 79 gol daripada 128 perlawanan tidak menyarung jersi skuad kebangsaan negara itu sejak Oktober 2023 selepas mengalami kecederaan lutut yang serius.

Pemain berusia 33 tahun itu kini bermain bersama Santos apabila kembali ke kelab pertamanya itu pada Januari lalu selepas mengalami detik hambar bersama Al Hilal di Arab Saudi.

Namun begitu, dalam empat perlawanan di bawah kendalian Ancelotti setakat ini, Neymar masih belum dipanggil.

“Dia seorang pemain penentu untuk skuad Brazil. Kami tidak mempunyai pemain lain seperti Neymar,” kata Ronaldo yang memenangi Piala Dunia dua kali bersama Brazil.

“Orang ramai 100 peratus berharap dia akan pergi ke Piala Dunia kerana jika dia ada, kami pasti akan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding jika dia tiada,” tambah Ronaldo, 49, yang menjaringkan 62 gol dalam 99 perlawanan bersama Brazil.

Neymar sering dilanda kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan terlepas kejayaan Brazil menjulang Copa America di laman sendiri pada 2019.

Neymar menyertai Al Hilal dari Paris Saint-Germain pada Ogos 2023, namun selepas hanya lima penampilan dan menjaringkan satu gol, dia mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa menentang Uruguay. – AFP

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Anak Sarawak, Mohd Iezlan tawan gelanggang Kejohanan Silat Kebangsaan
Next: Ronaldo tampil segak berjubah, pegang pedang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.