Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semua pos sempadan ditutup
  • TEMPATAN

Semua pos sempadan ditutup

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak menutup semua pos sempadan di negeri ini berkuatkuasa serta merta dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hanya beberapa Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) antara Sarawak dan Brunei dan Indonesia dibuka.

“CIQ antara Sarawak dan Brunei yang dibuka ialah Sungai Tujuh, Tendungan, Pandaruan dan Mengkalap dan dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

“Manakala semua CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan dibuka antara 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

“Ini adalah selaras dengan waktu pembukaan yang dipersetujui oleh Kerajaan Brunei dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Masjlis Keselamatan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Tegasnya, keseriusan masalah penyebaran wabak Covid-19 ini tidak boleh dipandang remeh.

“Perintah Kawalan Pergerakan adalah satu latihan untuk meredakan atau memutuskan penyebaran serta rantaian wabak itu.

“Kerana penyebaran wabak ini membebankan masyarakat, negeri dan sumber negara selain menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat itu sendiri jika tidak diperiksa,” jelasnya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak turut menyenaraikan penglibatan anggota tentera berkuatkuasa serta merta untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di pos sempadan, kawasan luar bandar dan bandar.

Sementara itu, laporan terdahulu menyatakan Kerajaan Indonesia telah menutup sempadan di Entikong sejak Isnin (16 Mac) lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ke negara itu.

Laporan tersebut menyatakan pemerintah Kalimantan Barat, Indonesia telah menutup pos pemeriksaan sempadannya di Entikong dengan tujuan utama bagi mengelakkan bas, kenderaan dan warga asing masuk ke negara jiran itu.

Ini kerana menurutnya, bas ekspres ini perlu melalui CIQ di Sarawak dan Entikong sebelum tiba di Pontianak, namun laporan itu tidak menyatakan berapa lama sempadan Entikong itu akan ditutup.

Continue Reading

Previous: GPS hanya bekerjasama dengan PN
Next: Pakej Bantuan Ekonomi diumum Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.