Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semua pihak perlu bersatu bendung budaya buli – ADUN Bawang Assan
  • TEMPATAN

Semua pihak perlu bersatu bendung budaya buli – ADUN Bawang Assan

Utusan Sarawak 10 hours ago
WONG Soon Koh merakam kenangan bersama peserta yang hadir pada Program Bersama Menentang Buli 2025 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

SIBU: Ibu bapa, guru dan pelajar digesa berganding bahu dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang selamat serta bebas daripada budaya buli demi masa depan anak-anak Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, semua pihak perlu memainkan peranan secara kolektif bagi meningkatkan kesedaran serta membina budaya saling prihatin dalam kalangan masyarakat.

“Kita mesti berani mempertahankan apa yang betul dan menolak apa yang salah. Membina zon anti-buli bermaksud mewujudkan budaya saling menghormati dan berempati antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Program Bersama Menentang Buli 2025 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kejadian buli di sekolah Malaysia, katanya, kini berada pada tahap yang membimbangkan apabila bukan sahaja melibatkan kes ringan seperti ejekan, malah turut membabitkan keganasan fizikal, serangan seksual dan kes yang membawa maut.

“Perbuatan membuli kini bukan lagi terhad kepada kawasan sekolah sahaja, tetapi berlarutan di alam maya akibat peningkatan penggunaan media sosial.

“Bentuk buli bukan fizikal seperti penghinaan, pengasingan sosial dan buli siber juga boleh meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap mangsa,” ujarnya.

Wong menegaskan bahawa isu buli bukan sekadar masalah disiplin, sebaliknya sudah menjadi krisis nasional yang menjejaskan keselamatan, kesihatan mental dan jati diri moral pelajar di Malaysia.

“Marilah kita bersama-sama memilih untuk berbuat baik, berempati dan menghormati antara satu sama lain, sama ada di sekolah, di tempat kerja mahupun di dunia maya,” katanya.

Beliau turut menggesa agar sekolah dan komuniti menjadi zon anti-buli yang mampu melahirkan generasi berakhlak mulia serta hidup dengan nilai hormat dan kasih sayang. Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UNIFOR terus salur sokongan kepada rumah ibadat dan sekolah mubaligh
Next: 45 guru tamat Kursus Kejurulatihan Atletik Dunia Tahap 1 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.