Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Semua negeri diminta bagi kerjasama laksana Banci Pertanian 2024
  • NASIONAL

Semua negeri diminta bagi kerjasama laksana Banci Pertanian 2024

Utusan Sarawak 2 years ago
KETUA Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron (dua, kiri) dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan “Yuk Mampir” sempena Hari Statistik Negara 2023 di Stadium Sungai Besar, hari ini.
FotoBERNAMA

SUNGAI BESAR: Semua pihak di peringkat negeri diharap dapat memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Perangkaan (DOSM) yang akan melaksana banci pertanian di seluruh negara pada tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron berkata, banci tersebut bakal dijalankan melibatkan semua sektor pertanian untuk memberi maklumat dan gambaran terbaik berkenaan keadaan terkini bidang itu di Malaysia. 

“Pengumpulan data itu akan membantu usaha kerajaan dalam membangunkan bidang pertanian di Malaysia dan kami tidak akan meninggalkan mana-mana negeri dalam banci ini dan akan mendapatkan responden seramai mungkin,” katanya kepada media.

Terdahulu Nor Azmie yang mewakili Menteri Ekonomi Rafizi Ramli merasmikan majlis sambutan ‘Yuk Mampir’ Hari Statistik Negara (HSN) 2023 di Stadium Sungai Besar di sini, hari ini. 

Menurutnya pengumpulan data ini akan membantu kerajaan dalam merangka dasar dan polisi dalam pertanian bagi soal keterjaminan makanan dan satu daripada tumpuan yang akan diberi adalah untuk meningkatkan pengeluaran sumber makanan negara.

Dalam pada itu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kira-kira 3,000 pegawai DOSM terlibat bagi banci pertanian berkenaan yang akan dibantu lebih 20,000 pembanci sambilan. 

Katanya, banci tersebut akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula Julai 2024 dan dapatan awal bancian itu dijangka diumumkan pada akhir suku pertama 2025. 

Berkenaan usaha untuk merakyatkan statistik, Mohd Uzir berkata pelbagai papan pemuka (dashboard) dengan visualisasi interaktif dan mesra pengguna telah dibangunkan DOSM antaranya Dashboard Kawasanku, Dashboard Consumer Prices, Dashboard Gross Domestic Product dan Dashboard Labour Markets yang dipaparkan melalui laman web jabatan itu. 

Sempena sambutan HSN 2023, DOSM bersama agensi pengamal statistik lain menyusun pelbagai program dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah antaranya Persidangan Statistik ke-10, Malaysia Data Innovation Talent x DOSM Datathon 2023, Debat Statistik, Stats Prihatin, Stats Fit, Stats Kuiz dan Sesi Literasi Statistik bersama Institusi Pengajian Tinggi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam, telur diumum 30 Oktober ini
Next: KKM keluarkan 4,753 kompaun merokok bernilai RM1.2 juta September 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.