Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semua komuniti di DUN Kalaka terus diberi perhatian
  • WILAYAH

Semua komuniti di DUN Kalaka terus diberi perhatian

Utusan Sarawak 18 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri menerima kunjungan daripada Kapitan Gan Eng Kie bersama rombongan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa semua komuniti tanpa mengira kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka sentiasa diberi perhatian dalam usaha memastikan keharmonian dan kemajuan bersama terus terpelihara.

Beliau berkata, setiap komuniti memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan serta kemajuan kawasan dan kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima pandangan serta keperluan daripada semua pihak.

“Bertempat di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, saya turut menerima kunjungan daripada Kapitan Gan Eng Kie bersama rombongan. Beberapa perkara turut dibincangkan pada pertemuan tersebut,” katanya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri menerima kunjungan daripada Kapitan Gan Eng Kie bersama rombongan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut Mohamad Duri, pertemuan itu turut menyentuh beberapa isu serta cadangan berkaitan komuniti Cina termasuk pelaksanaan program dan aktiviti kemasyarakatan yang dirancang bagi 2026.

Selain itu, Kapitan Gan Eng Kie juga membangkitkan mengenai penganjuran sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang akan diadakan pada Februari 2026, yang dijangka bertindih dengan Bulan Ramadan.

“Perbincangan ini penting bagi memastikan semua aktiviti masyarakat dapat dijalankan dengan teratur serta menghormati sensitiviti agama dan budaya masing-masing,” jelas beliau.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada Kapitan Gan Eng Kie dan rombongan atas kunjungan serta komitmen mereka dalam memperkukuh hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum di kawasan DUN Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Krian gesa penerima MRP gunakan peruntukan demi kebaikan
Next: ADUN Kalaka ucap tahniah kepada APM Saratok atas komitmen cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.