Semua kawasan di Sarawak catat IPU sederhana setakat 9.00 malam

Facebook
WhatsApp
KESEMUA 21 stesen pemantauan di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sederhana setakat 9.00 malam, dengan Kuching mencatat bacaan tertinggi 97.

KUCHING, 7 Oktober: Kualiti udara di seluruh Sarawak berada pada tahap sederhana apabila kesemua 21 stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 53 hingga 97 setakat 9.00 malam ini.

Berdasarkan data pemantauan, Kuching mencatat bacaan tertinggi iaitu 97, diikuti Betong 95, Serian 93 dan Lubok Antu 92.

Samarahan, Sri Aman dan Tebedu masing-masing merekodkan IPU 91, manakala Lundu mencatat 84.

Bintulu pula merekodkan bacaan 83, Samalaju 81, Kanowit 77 dan Miri 76.

Sarikei mencatat IPU 75, manakala Sibu dan Mukah masing-masing 71, Lawas 70 serta Kapit 70.

Bacaan lebih rendah direkodkan di ILP Miri iaitu 68, Belaga 65 dan Limbang 64.

Bario mencatat bacaan paling rendah pada 53, namun masih berada dalam kategori sederhana.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan lebih tinggi dikategorikan berbahaya atau sangat berbahaya.

Data itu menunjukkan tiada stesen pemantauan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat 9.00 malam.