Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Seminar ‘Jalan Kekayaan Melalui Pisang’ tarik lebih 100 peserta di Kuching
  • BISNES

Seminar ‘Jalan Kekayaan Melalui Pisang’ tarik lebih 100 peserta di Kuching

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI), Loh Siaw Kuei (empat dari kanan) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada penceramah utama, Tan Chee Chiang (lima dari kiri), dan Bendahari KCGCCI, Datuk Wong Joo Hua (empat dari kiri) serta turut kelihatan, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Chong Yie Loong (tiga dari kanan).

KUCHING: Lebih 100 peserta terdiri daripada petani dan penggiat pertanian tempatan menghadiri seminar bertajuk Jalan Kekayaan Melalui Pisang: Peluang dan Cabaran dalam Penanaman Pisang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertanian Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) baru-baru ini.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan terhadap kaedah moden penanaman pisang, peluang pasaran global dan strategi membina rantaian bekalan yang mampan selain menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sektor pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa, Loh Siaw Kuei berkata sektor pertanian pada masa ini berdepan pelbagai cabaran termasuk perubahan iklim, serangan penyakit dan serangga, peningkatan kos operasi, ketidaktentuan harga pasaran dan minat golongan muda terhadap bidang pertanian semakin merosot.

“Kami berharap seminar ini dapat memberi pencerahan kepada peserta melalui perkongsian pengalaman usahawan pertanian yang berjaya serta teknik yang boleh terus dipraktikkan di lapangan,” ujarnya.

LEBIH 100 peserta terdiri daripada petani dan penggiat pertanian tempatan menghadiri seminar bertajuk Jalan Kekayaan Melalui Pisang: Peluang dan Cabaran dalam Penanaman Pisang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertanian Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa kemajuan dalam sektor pertanian memerlukan proses pembelajaran berterusan dan kerjasama komuniti serta tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dasar atau usaha individu semata-mata.

Penceramah utama seminar, Tan Chee Chiang merupakan pakar dalam industri pisang dari Johor dan lulusan Universiti Sains dan Teknologi Pertanian Pingtung, Taiwan. 

Beliau memulakan kerjayanya dari peringkat asas sebelum mengembangkan perniagaan secara sistematik dan moden.

Kini menerajui syarikat pengeluaran pisang berskala besar, beliau mengaplikasikan teknologi seperti makmal penyelidikan dalaman, pembiakan benih generasi kedua serta sistem operasi bersepadu daripada ladang hingga ke pasaran.

Syarikatnya juga menyediakan kontrak pertanian kepada petani kecil dengan sokongan teknikal dan jaminan pembelian semula hasil sekali gus membuka peluang pertumbuhan bersama di peringkat akar umbi.

Melalui penggunaan teknologi pematangan etilena dan sistem pembungkusan inovatif seperti ‘pisang sebatang’, syarikat tersebut berjaya menembusi pasaran serantau termasuk Singapura, Malaysia, Dubai dan Korea. 

Fokus masa kini turut tertumpu kepada pengembangan ke pasaran Asia Barat dan Timur Tengah.

Tan turut menggesa lebih ramai golongan muda menyertai sektor pertanian dengan pendekatan baharu yang lebih moden, produktif dan menguntungkan.

Oleh Adele Rissa

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: SST dan tarif baharu elektrik: Langkah strategik perkukuh kewangan negara
Next: Program Wanita Perkasa anjuran Attiya Spa galak wanita jana pendapatan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.