Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi bakal dihadiri ribuan peserta
  • TEMPATAN

Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi bakal dihadiri ribuan peserta

Utusan Sarawak 2 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika sidang media Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi 1444H/ 2023M di BCCK, hari ini.

KUCHING: Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi 1444H/ 2023M anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) bakal dihadiri seramai 1,000 peserta yang telah mendaftar untuk hadir setakat ini.

Seminar menyebar maklumat berkaitan hukum dan kefatwaan yang bertemakan “Kelestarian Fiqh As-Syafi’ Dalam Memacu Kecemerlangan Ummah” akan berlangsung selama dua hari iaitu pada Rabu (17 Mei) dan Khamis (18 Mei) ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, antara objektif seminar ini diadakan ialah untuk mengenali dengan lebih mendalam ketokohan Imam As-Syafi’i, meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam Fikh Mazhab As-Syafi’i dan banyak lagi.

“Tedapat sembilan sesi pembentangan akan berlangsung yang akan mengupas tema seminar dalam pelbagai sudut seperti Perkembangan Fikh As-Syaf’i, pengaruh Imam As-Syafi’i dalam pengeluaran Fatwa dan Kelestarian Fikh As-Syafi’i dalam mendepani isu semasa. 

“Seminar kali ini mengumpulkan pakar-pakar Mazhab As-Syafili dari pelbagai negara

antaranya dari Jordan, Yaman, Brunei, dan Indonesia serta pembentang dari dalam negara.

“Usaha ini dilihat dapat memberi impak yang signifikan dalam dunia Islam terutama dari sudut penyelarasan fatwa da mengharmonikan perbezaan pendapat yang sering menjadi isu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Seminar Antarabangsa Imam As-Syaffi 1444H/ 2023M di BCCK, hari ini.

Abdul Rahman berkata, kelestarian ini membawa kepada pengamalan Islam yang benar dan harmoni tanpa mewujudkan perpecahan masyarakat. 

“Inilah harapan penganjur agar masyarakat saling menghormati antara satu sama lain

walaupun berbeza pandangan. la merupakan asas dalam pembentukan masyarakat yang makmur dan maju,” katanya.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Ruang teroka titik persamaan 19 parti – Snowdan
Next: Konvensyen Kebangsaan Kerajaan Perpaduan: Perjelas hala tuju pemimpin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.