Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Semikonduktor perlukan inovasi berterusan, ketepatan tinggi – Rudi De Winter
  • TEKNOLOGI

Semikonduktor perlukan inovasi berterusan, ketepatan tinggi – Rudi De Winter

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN… Rudi De Winter berucap pada majlis perasmian Bangunan Baharu X-FAB Sarawak, hari ini. Foto JAPEN

KUCHING: X-FAB, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat bercampur dan teknologi khusus, hari ini meraikan pembukaan rasmi projek perluasan bernilai RM3 bilion di fasiliti pengeluarannya di Kuching, Sarawak.

Majlis bersejarah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai hab global semikonduktor, selaras dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif X-FAB Group, Rudi De Winter, semikonduktor merupakan industri berteknologi tinggi yang memerlukan ketepatan serta inovasi berterusan. 

GIMIK perasmian disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis perasmian Bangunan Baharu X-FAB Sarawak, hari ini. Foto JAPEN

“Keputusan berani kerajaan Sarawak sejak lewat 1990-an untuk melabur dalam industri ini kini membuahkan hasil apabila X-FAB Kuching muncul sebagai tapak pengeluaran terpenting kumpulan. 

“Hari ini kita bukan sahaja merasmikan pengembangan kapasiti kepada 40,000 wafer sebulan, malah meraikan Sarawak sebagai hab inovasi yang menghasilkan cip untuk aplikasi automotif, perindustrian dan perubatan di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bangunan Baharu X-FAB Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, Teknologi Teknologi BCD-on-SOI (Bipolar-CMOS-DMOS on Silicon-on-Insulator) yang dibangunkan di Kuching kini menjadi penanda aras global.

“Dengan cip X-FAB digunakan dalam pelbagai peralatan penting termasuk mesin imbasan ultrasound, sistem pencahayaan pintar, pemantauan bateri kenderaan elektrik, hingga sensor berketepatan tinggi dalam inverter EV. 

“Cip keluaran Kuching membantu meningkatkan jarak perjalanan kereta elektrik dan menyokong infrastruktur tenaga masa depan,” jelas Rudi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan X-FAB Kuching yang berjumlah 1,500 orang 98 peratus daripadanya rakyat Malaysia, dengan majoriti anak Sarawak atas kejayaan menyiapkan projek 40K expansion tepat pada masa. 

Selain kejayaan teknikal, pasukan itu turut giat melaksanakan 36 projek kebajikan dalam tempoh empat tahun, termasuk sumbangan komputer kepada sekolah luar bandar dan bantuan kepada hospital serta pelajar kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid dalam kenyataannya menekankan bahawa pelaburan X-FAB memberi kesan berganda kepada ekonomi Sarawak melalui penciptaan pekerjaan bernilai tinggi, pembangunan bakat tempatan serta peluang rantaian bekalan.

Dengan fasiliti baharu yang kini beroperasi sepenuhnya, X-FAB Sarawak dijangka terus memainkan peranan strategik dalam menyokong industri semikonduktor global, seiring aspirasi Malaysia menjadi negara perindustrian berpendapatan tinggi berteraskan teknologi.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Keyakinan global terhadap Sarawak terserlah menerusi pengembangan X-FAB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.