Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Semenyo tenggelamkan Leeds, City rapatkan jurang dengan Arsenal
  • SUKAN

Semenyo tenggelamkan Leeds, City rapatkan jurang dengan Arsenal

Utusan Sarawak 2 hours ago

Antoine Semenyo meraikan jaringan tunggal yang menghadiahkan kemenangan penting Manchester City ke atas Leeds. — Foto AFP

LEEDS: Manchester City merapatkan jurang dengan pendahulu liga selepas menewaskan Leeds United 1-0 dalam aksi getir di Elland Road, awal pagi tadi.

Wira The Citizens, Antoine Semenyo meledak gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan babak pertama – jaringan keenamnya sejak menyertai City dari AFC Bournemouth pada Januari lalu.

Kemenangan keempat liga berturut-turut itu diraih tanpa kelibat penjaring prolifik, Erling Haaland yang diketepikan akibat kecederaan ketika latihan.

“Sedikit kecederaan. Tidak serius tetapi belum bersedia untuk hari ini,” kata pengurus City, Pep Guardiola sebelum sepak mula.

City kini hanya dua mata di belakang Arsenal yang bakal berdepan Chelsea awal pagi esok.

Meskipun tidak berada pada tahap terbaik, City menunjukkan ketahanan mental tinggi dalam suasana ‘bermusuhan’ di Elland Road. 

Malah, mereka kini memburu gelaran ketujuh era Guardiola dan akan dijamin juara jika memenangi baki 10 perlawanan terakhir, tanpa mengira keputusan Arsenal.

Leeds hampir mengejutkan pelawat seawal minit pertama apabila Dominic Calvert-Lewin mensia-siakan peluang keemasan selepas rembatan lemahnya tersasar dengan hanya Gianluigi Donnarumma untuk ditewaskan.

Perlawanan turut dihentikan seketika bagi memberi ruang pemain beragama Islam termasuk Omar Marmoush, Rayan Cherki dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa Ramadan, namun tindakan itu menerima reaksi kurang senang segelintir penyokong tuan rumah.

Leeds terus mengasak dan hampir mendahului, tetapi Donnarumma beberapa kali menyelamatkan gawang City. 

Pelawat akhirnya menghukum kegagalan tuan rumah memanfaatkan peluang apabila gerakan cantik Cherki disudahkan dengan hantaran lintang Ait-Nouri yang mudah disambar Semenyo dari jarak dekat.

City hampir menambah jaringan menerusi Marmoush dan Marc Guehi, namun penjaga gol Leeds, Karl Darlow, bertindak cemerlang. 

Tuan rumah pula hampir menyamakan kedudukan di penghujung aksi tetapi tandukan Jaka Bijol sedikit tersasar.

Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat, memastikan City terus menekan Arsenal dalam perlumbaan kejuaraan. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool belasah West Ham, City tanpa Haaland diuji Leeds
Next: ‘Set-piece Liverpool kembali normal’ – Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.