KUCHING: Sebanyak sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM220,000.
Simbolik penyerahan geran telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, semalam.
Menurut Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II, beliau menerima peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memandangkan masih banyak pemohonan diterima.
“ Ketua Menteri memberi peruntukan tambahan kepada saya dan sepatutnya geran ini dilepaskan tahun lepas.
“Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial dan juga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli mereka,” jelasnya.
Antara persatuan dan NGO yang menerima geran tersebut ialah Kelab Sukan dan Rekreasi MINTRED, Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi MUDeNR, Kelab Sosial dan Sukan, Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian, Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching, Persatuan Taekwando Negeri Sarawak, Kelab JPJ Kuching dan Samarahan (KUSMA), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Surau An-Nur JPJ Negeri Sarawak.
Oleh NUR AIN OTSMAN