Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sembilan pelajar DUN Tamin terima bantuan pendidikan RM500 seorang
  • PENDIDIKAN

Sembilan pelajar DUN Tamin terima bantuan pendidikan RM500 seorang

Utusan Sarawak 11 hours ago
TAHNIAH… Alok Meliau (kiri) menyerahkan sumbangan bantuan pendidikan sebanyak RM500 kepada wakil salah seorang penerima. Foto Facebook DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Seramai sembilan pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin menerima sumbangan bantuan pendidikan sebanyak RM500 seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh wakil ADUN Tamin, Alok Meliau, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.59 Tamin.

Penerima bantuan kali ini terdiri daripada Daviana Lea Lantan Benard Tom dan Alex Fong Madlin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS); Roberto Carlos Kat, Mathilda Aniston Rengga, serta Maeltrace Abeng dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Jackson Jenera dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Chintya Faridha Usin dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR); Joycelyn Suda Omar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM); dan Wanessa Abiyah Rachel Wan Hasbi dari Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU).

Menurut Alok, bantuan berkenaan diberikan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar serta sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan DUN Tamin.

Kesemua penerima dipilih berdasarkan semangat tinggi dalam bidang akademik serta keazaman untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga dalam menampung kos pendidikan dan memberi dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Gira ketika dihubungi menegaskan pendidikan merupakan pelaburan penting bagi masa depan generasi muda.

Beliau berikrar akan terus memberi perhatian kepada usaha memperkasakan peluang pendidikan dan pembangunan modal insan di peringkat akar umbi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak dalam menuntut ilmu.

“Saya berharap pelajar yang menerima bantuan ini akan memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan kembali menabur bakti kepada masyarakat selepas menamatkan pengajian,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM perkukuh sistem keselamatan sekolah, gubal Akta Anti-Buli 
Next: Belanjawan 2026: Kerajaan perluas bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.