Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sembilan organisasi di Kabong terima geran khas berjumlah RM70,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Sembilan organisasi di Kabong terima geran khas berjumlah RM70,000

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir (tengah) hadir pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong, kelmarin. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan Geran Projek Khas berjumlah RM70,000 keseluruhan kepada sembilan organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sebagai sokongan terhadap pembangunan komuniti, kebajikan dan aktiviti sosial setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata sumbangan berkenaan membuktikan keprihatinan berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa peranan pertubuhan akar umbi yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan masyarakat.

Menurut beliau, geran tersebut bertujuan membantu organisasi terlibat melaksanakan program dan aktiviti bermanfaat, sekali gus merancakkan penglibatan komuniti dalam bidang sukan, kebajikan, keusahawanan kecil serta pemeliharaan seni dan warisan tempatan.

Penyerahan geran berkenaan telah disempurnakan sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong, malam kelmarin, dengan kehadiran masyarakat setempat dari pelbagai lapisan umur.

Antara penerima geran ialah Jawatankuasa Angkatan Perisai Warisan Seni dan Riadah Daerah Kabong (RM5,000), Kelab Bola Sepak Begal Legends Kabong (RM5,000), Kelab Badminton Kabong (RM5,000) dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Betong (PSKB) (RM5,000).

FOTO: ADUN Kabong

Turut menerima sumbangan ialah Kelab Bola Sepak Bersepai Kabong (RM10,000), Persatuan Pesara Kabong (PEKA) (RM10,000), Urus Setia Saudara Kita Daerah Kabong Betong (RM10,000), Persatuan Penjaja Kecil Kabong (RM10,000) serta Persatuan Ibu Tunggal Sarawak Cawangan Kabong (RM10,000).

Chee Kadir menegaskan bahawa peruntukan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap organisasi bagi melaksanakan perancangan yang telah dirangka, selain memberi impak positif secara langsung kepada masyarakat setempat.

Beliau turut menggesa agar semua pertubuhan terus memainkan peranan aktif sebagai rakan strategik kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan seimbang, inklusif dan mampan di kawasan DUN Kabong.

Sementara itu, sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 yang dianjurkan turut menjadi simbol kesepaduan masyarakat Kabong, sekali gus menutup tirai 2025 dengan penuh kesyukuran dan menyemai harapan baharu untuk 2026.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Susun atur program kebajikan, keagamaan jadi fokus mesyuarat LAKIS Saratok 2026
Next: Gawai Antu jadi platform perkukuh perpaduan penduduk rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.