
HANOI, Vietnam: Bas terbabas dan terbalik di utara Vietnam hari ini, mengakibatkan sembilan orang maut dan sembilan lagi cedera, lapor media rasmi.
Kebanyakan daripada 18 penumpang adalah guru dari Hanoi yang sedang melakukan lawatan amal ke wilayah Lao Cai, di mana kemalangan berlaku di satu laluan menurun panjang di Komun Phinh Ho.
Pekerja penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat dari bas, lapor akhbar tempatan Lao Cai.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kemalangan tersebut.
Kemalangan jalan raya yang membawa maut, selalunya melibatkan bas atau lori adalah perkara biasa di Vietnam dan sering disebabkan oleh memandu laju atau kerosakan mekanikal.
Menurut angka Kementerian Kewangan, 8,515 orang maut dan 10,204 lagi cedera akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
-AFP